About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Monday, September 19, 2011

Kami Dah Tak Ada Sefahaman Lagi..


Salam..

Oh, by the way entry kali ni agak berbaur rasa kurang senang.. Heheh :D Bukan apa, ini jawapan biasa yang kita dengar dari semua pasangan yang nak berpisah, atau mungkin lebih tepatnya, malas nak jawab dengan panjang lebar soalan dari semua orang..

Dalam banyak kes penceraian yang saya ambil tahu, saya suka jawapan dari Atilia, "Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu, saya tahu dia masih sayangkan saya, saya juga sayangkan dia.." Iye kerana rahsia perkahwinan kita hanya kita dan pasangan sahaja yang layak tahu..

Entah, hanya DIA yang tahu soal ketentuan JODOH.. Itu urusan DIA, mungkin sudah DIA tetapkan bahawa jodoh mereka tidak panjang, bukan seumur hidup mereka bersama, tapi alasan yang mereka berikan, entah bagi saya sangat tak releven..

Sefahaman adalah sesuatu yang subjektif.. Sukar untuk kita capai kata sepakat, apatah lagi kalau ianya melibatkan dua hati, dua jiwa dan dua fikiran. Pastinya sukar..

Just wanna share here, kalau la terlintas di hati sesiapa yang sudah berkahwin, membaca entry ini, lakukan ini ye.. :

  • First, listkan semua kebaikan dia, yang pernah dia taburkan sepanjang usia perkahwinan kalian.
  • Second, fikirkan akan nasib anak-anak. Harus tinggal bersama siapa selepas ini, emosi dan perasaan mereka.
  • Third, sudah hilang kah terus segala kenangan manis antara kalian?
  • Forth, imbas kembali saat pertama kalian diijab dan kabulkan sebagai suami dan isteri
  • Fifth, semoga penceraian bukanlah jalan terakhir yang harus kita ambil..
Semoga semua yang sudah berkahwin akan terus bersama sehingga ke hembusan nafas yang terakhir..

P/S : Naveed dalam proses pembaikan dari DEMAM.. Nanti akan saya storykan tentang itu..
P/S II : Saya sendiri dalam proses pembaikan 'refresh' diri yang penat pulang dari kampung, juga akan saya storykan tentang itu nanti.. :)


Wednesday, September 14, 2011

Google Gravity, Dah Cuba??

Salam and hai!!!!!!

Kemain eksaited nye.. Heheh.. Tak ade la.. Saje je menceriakan diri di kala tengahari yang macam nampak nak hujan ni.. Tunggu masa je nie..

Oh by the way, lupa pulak.. Dah pernah tak cube GOOGLE GRAVITY? Ahaa.. Kalau belum cuba, boleh la try.. Ni untuk di kala kebosanan melanda, memang best.. Cool je..

Cara-caranya? Alaa.. Funcion still sama macam Google biasa jugak, cuma ianya LEBIH COOL....

Ok Mula-mula bukak website ni.. KLIK SINI... Dah??? Ok Bila mana je cursor jalan, dengan serta merta semua tulisan jatuh berderai.. Hehehe.. Cool kan? Then, jangan tak tahu, kamu boleh search apa saja walaupun dah macam tu keadaannya.. Contoh seperti di bawah ini :

Mula-mula bukak URL ni dulu.. Macam google biasa je kan?? Tak ada ape-ape kan??

Bila je dah berjalan mouse, terus semua jatuh ke bumi.. :)

See, tersembam ke bumi terus kan?? Kan??

Walaupun dah macam ni, still boleh search macam-macam tau!! :)

Dan, ianya boleh berfungsi macam Google biasa tau... Oh ye, Klik untuk tumbesar gambar yang sehat ye.. :)

Monday, September 12, 2011

Andainya Dia Pergi Dulu..


Salam untuk semua..

Dalam hubungan suami isteri, tipulah kalau tak pernah ada sengketa, tak pernah ada jerit menjerit, tak pernah ada terguris rasa. Dan kadang-kadang tanpa kita sedar, punca pergaduhan nya cuma masalah 'turn siapa yang patut buat susu anak..' Hahaha.. Seriously, bila di kenang-kenang balik, saya selalu tergelak sendiri..

Sejak akhir-akhir ni, saya terfikir, apa bakal terjadi pada saya andainya dia pergi dulu sebelum saya.. Pastinya saya akan jadi orang yang paling kelam-kabut, kerana selalunya dia yang akan cool tak kira apa pun keadaan nya.. Boleh dikatakan semua urusan bank, pembayaran bil semuanya dia yang uruskan, saya langsung tak ambil tahu, yang saya tahu kalau transfer duit dari account bila buat pembelian online.. Hahah!

Kalau urusan tentang kereta, lagi lah out yang saya tahu cuma isikan minyak kereta, that's all, nak check minyak hitam ke, nak check air ke, langsung saya tak tahu!

Menjadi suami isteri selalu nya kita berkongsi tanggungjawab, yess and in my marriage itu pun yang berlaku. Encik Hubby tolong memasak, bila saya lipat baju. Encik Hubby sidai baju bila saya memasak.. And most of the time, semuanya kami buat bersama..

Dan kalau janji Tuhan itu memisahkan kami berdua, biarlah saya pergi dulu sebelum dia, kerana tanpa dia saya belum pasti mampu BERDIRI apatah lagi BERLARI..

"Ya Allah, jadikanlah jodoh kami ini berkekalan bukan sahaja di dunia tetapi juga di Jannah-Mu.. "

Naveed Warded

Salam to all..

Actually cerita tentang Naveed warded ni dah berbulan lepas, malah sebelum puasa lagi, tapi entah lah tak ada mood nak update tentang tu, sekarang bila godek-godek balik gambar dalam pc, baru terasa nak update.. Menjaga anak yang sakit kat hospital memang mencabar, untuk saya yang cuma berkampung di hospital selama 3 hari pun dah terasa 'azab' nya, apatah lagi ibu-ibu yang terpaksa menemani anak berbulan-bulan lamanya ataupun repeatation datang ke hospital dan warded.

Pluss Naveed warded kerana cirit birit + muntah-muntah, so memang sangat susah. Dia seorang kanak-kanak yang aktif, so bila dia kene baring je dalam katil hospital memang la kesian. Dengan drip yang on 24 jam, dan pergerakan yang terbatas, so totally sangat-sangat kesian. Jadi waktu Encik Hubby datang bawa barang, saya suruh bawakan sekali laptop, at least dia boleh main game.
Boleh buat peace pulak!

Second attempt.. :)

Tengok tangan tu, ni baru lepas mandi, so drip cabut sekejap.

Tangan tak boleh gerak.. :(

Favourite game Naveed.

Katil kanak-kanak yang kecil molek

Gamer sebelah tangan

Ni hari pertama, betul-betul lembik!

Tukar yang baru sebab tercabut lepas dia meronta..
Ni yang lama.. Tengok jarum tu..

Cadar yang penuh dengan darah..

Sepanjang masa di sana, bayangkan lah saya tidur dalam katil comel molek tu.. Naveed tak nak tidur dalam tu kalau saya tak tidur sama, minta dengan nurse tukar katil besar pulak, diorang cakap nanti takut anak jatuh katil, jadi penyudahnya selama 2 malam tidur di hospital, saya pulang dengan membawa penyakit baru, iaitu SAKIT PINGGANG..

Apa-apa pun, saya harap agar saya tak lagi melalui waktu-waktu macam ni, menjaga anak sakit di hospital kerana saya lebih rela gantikan tempat dia.. :)

P/S : You means my world, Ahmad Naveed Ali Danial.. :)

Sunday, September 11, 2011

Dah Cuba Blogger Interface Baru?

Hai again!

Ada sesiapa yang dah cuba ke? Saya tahu ini dah lama, tapi kan saya tak berapa suka la.. Saya lebih suka yang lama.. Heheh.. OK, that's all..

P/S : Saja nak jadi Kak Nam je.. :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri :)


Salam untuk semua..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam.. Sesungguhnya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan untuk kita semua!

Kenapa baru sekarang? Entah la.. Mungkin kerana sebelum raya agak sibuk dengan kerja-kerja office yang harus di settle kan sebelum bercuti + selepas raya sibuk dengan aktiviti raya nya.. Dan.. Sekarang lah baru ada masa senggang untuk update blog ni..

Oh, cerita tentang raya kali ni, saya langsung tak dapat hatta sekeping kad raya pun! Sadis tak? Huhu.. Entah lah mungkin kerana sekarang dah lagi senang kot. Kat Facebook sendiri dah ada application untuk E-card Raya.. Zaman sekarang ni, kalau tak ucap raya melalui Facebook, pastinya melalui message. Huh! Jangan kata orang yang nak menghantar kad raya la, saya sendiri dah beli 2 keping kad raya yang selalunya menjadi kebiasaan untuk saya titipkan untuk keluarga saya dan keluarga mertua, tapi oleh sebab sibuk dengan macam-macam hal dan tak ada masa untuk ke Pejabat Pos, akhirnya kad raya tu tak berhantar hinggalah ke hari ini!

Rindukan zaman sekolah dulu, siap berlumba-lumba nak tengok siapa paling banyak dapat kad raya.. Waktu tu saya selalu cemburukan sepupu saya yang duduk kat sebelah rumah, almaklumlah dia comel, setiap tahun berpuluh-puluh keping kad raya yang akan dia dapat dari secret admire.. Huhuu..

Zaman Naveed membesar nanti, harap-harap amalan tradisi ini masih lagi ada, sebab saya masih mahu Naveed rasakan seronok nya menulis kad raya, menanti posmen untuk tengok siapa yang balas kad raya kita.. :)

Tahun ni, tahun yang boleh dikatakan agak banyak kami berhabis, dari langsir ke balang kuih, semua nya baru. Dan sebenarnya langsir pun bukanlah tiap-tiap tahun tukar, cuma beli untuk pastikan cantik sikit dari yang sedia ada tu.. :)

Tahun ni juga saya ingatkan nak buat kuih raya, tapi oleh sebab sengkangan masa, akhirnya tunjuk saja lah kuih mana yang berkenan..

Ok, apa-apa pun semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum nya. Akhir kata, ampun dan maaf saya pinta sekiranya sepanjang saya berblog ini, ada isu-isu yang sensitif telah saya sentuh dan buat sesiapa saja terasa.. :)