About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Friday, June 24, 2011

Meronggeng Bersama Farah Syazwani Dan Hafiz Bahari :)

Salam!

Semalam, ada Bengkel Menangani Stress untuk PPD Daerah HL. Siapa yang tahu, tahu la ye.. Hehehe.. Di sebabkan petang adalah mesyuarat untuk ahli KAPTEN, makanya saya, ditemani oleh Si Senget Encik Hafiz Bahari dan Cik Cumel Farah Syazwani, mengambil keputusan untuk mem'blah'kan diri dari situ..

Lepas makan lunch, kami bertiga pun come-out with plan nak pergi Alamanda.. Tapi disebabkan oleh saya driver yang sangat hebat, dan terlepas simpang untuk exit ke Putrajaya, kami terus menuju ke The Mines..

Cadangan pertama yang di buat adalah untuk tengok wayang, tapi di sebabkan oleh semua tiket yang ada di kala itu adalah cerita yang kurang menarik dan ada yang kami dah tonton, akhirnya kami menjelajah satu The Mines tu..

Seronok~!! When picture speak louder than words than, make the picture speak for you..

First Pit-Stop : Cari toilet.. Dan dengan jayanya Encek Senget itu telah disuruh memegang handbag saya, walaupun saya tahu dia tak ikhlas kerana takut sangat saham dia jatuh, saya suruh jugak! Hahahah..

Second Pit-Stop : ATM Machine, ye lah kan dah gaji.. Ye dak? Kot-kot lah banyak yang nak di habiskan.. Hahaha..


Third pit-stop : KFC The Mines sebab Si Senget Hafiz Bahari belum lunch.. Saya dan Farah sudah pun makan nasi ayam yang disponsor oleh KEPTAN sebelum balik..

Snack Plate untuk Hafiz Bahari :)
P/S : Tengok sos yang dia ambil, macam nak mandi dengan sos lah.. :P

Semangat makan sudah datang.. Hehehe

Ole! Pocketful untuk Farah Syazwani

Large Cheezy wedges untuk saya..

Sila makan!

Nie Farah yang capture picture ni..

Muka suci makan, padahal mulut dok mengomen sebab BB beliau sudah abes betri..

Si tua bangka yang tak makan sayur!

Ingat comel la buat muka cam tu? Hahahaha..

Lepas siap makan, maka bermula lah aktiviti kami untuk menawaf satu The Mines ni.. Sebenarnya pada saya, The Mines ni tak adalah best sangat.. Hehehe..

Siapa yang cakap perempuan suka bershopping sakan? Makanya anda silap ye! Sebab sepanjang kami berada di sini, saya dan Farah sekadar window shopping saje, tapi Encek Senget ni macam-macam yang di beli nya.. Mengalahkan pompuan! :P

Ni Hi-Fi set yang Hafiz dok usha-usha..

Sila abaikan yang dok bergosip tu ye.. Hahahaha

Sementara menunggu Encik Hafiz membayar dan test seterika yang di beli, saya dan Farah dok melepak, dan tengok apa yang saya nampak? Tea set yang sangat cantik pada saya..

Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana ada jual, sila bagitahu ye..
Sapa yang cakap tak cantik, memang buta la

Last but not least, saya dan Farah.. :)

Tiada dalam gambar :
P/S : Thanks to Hafiz sebab belanja saya dan Farah makan sundae Mc Donald yang sangat yummy...

Thursday, June 23, 2011

Sad For My Little Sister.. :(

Salam.

Picture speak louder than words... Yup! Memang nie keputusan untuk interview JPA. Sadly adik tak dapat.. Tapi saya pesan pada dia, Don't give up.. Cuba lagi..

Semoga ada rezeki lain yang menunggu..

Saturday, June 18, 2011

Day 6 - Orang Yang Anda Suka Dan Kenapa Anda Suka Dekat Dia

Salam~!

"Orang Yang Anda Suka Dan Kenapa Anda Suka Dekat Dia"

Hahaha.. Suka sangat dengan entry kali ni.. Orang yang anda suka ye..

First : Cool, Masa tu darjah 6 kau.. Hoh!!! Kecik-kecik kau dah pandai nak suka menyuka kat orang.. Kemain.. Tapi entah la time tu saya sendiri tak tahu kenapa saya suka kat budak tu, dia Form 1 masa tu, mungkin sebab dia COOL.. Tapi bila ingat balik sekarang, terfikir lagi, cool kah dia? Ahaks..


Mak dia cakap dia sangat cool.. :)

Second : PENYAYANG, Siapa yang tak suka dengan orang penyayang, ye dak? Apa kau gila kalau nak tolak orang yang penyayang sebegini dengan sate 20 cucuk? Hahahah! Apakah yang saya mengarut nie.. Ok-ok back to original story, saya pernah kenal dengan seorang 'abang' yang sangat penyayang.. Tak kira apa pun yang dia buat, dia tetap nampak KANCHAK.. :)

P/S : Untuk sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup saya dan saya katakan sayang dan cinta, saya maknakan setiap apa yang saya cakap pada waktu itu.. :)

P/S II : Saya sayang awak..

KESIMPULANNYA : ADA RASA ENTRY NI MACAM MEREPEK TAK? HAHAHAHA..

M&M's Election Time..

Salam dearie..

Selepas Dutch Lady mengadakan kempen pilihan raya untuk menentukan perasa yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, kini tiba pula giliran M&M's untuk buat pilihan raya pula.. Tapi macam yang kita semua tahu la, M&M's bukanlah produk keluaran Malaysia.

M&M's adalah produk dari luar.. Oh ye, marilah ramai-ramai undi dan menang.. Calon-calonnya ialah :

GREEN
Setakat yang nampak, perwatakan Miss Green ini lebih kepada 'girly', penggoda dengan bulu mata melentik dan lipstik berkilat tu.. Awww~!!!

next is

YELLOW
Tengok aja dah tahu kan, yang watak Mr. Yellow ni nampak macam clumsy sikit.. Mungkin seorang yang easy going person dalam hidup dia. Jarang memilih.. :)

next should be

BLUE

Mr. Blue, nampak sangat cool. Ala-ala mamat Macho yang selalu dok usha-usha awek tepi simpang jalan tu aja lagak nya ye.. Hehehe

other

RED


Encik Red ni nampak macam arrogant sikit, tapi sebenarnya perwatakan dia sangat keras dan tegas. Selalu ke depan, tak mahu mengalah, pantang di cabar, aicewahhh~!!

last but not least

ORANGE


Adik Orange ni nampak nya sangat takut-takut, tak berani mencuba perkara baru kerana takut di kritik.. Camooonnn adik Orange * bak kata JAMBU.. Hehehe

Ok-ok berbalik kepada cerita asal, ikut suka kamu la nak vote yang mana satu yang mungkin lebih sesuai dengan karekter kamu, tetapi setakat entry ni di tulis nampak gaya nya Encik Red telah mendahului semua calon-calon lain..
Boleh la mengundi di sini ye... KLIK KLIK KLIK


Di situ juga ada ujian personaliti dan nampak gayanya saya ialah RED. :)


GO RED TEAM!!

P/S : Undi lah sesiapa pun.. Untung-untung ada rezeki dapat juga duit kan.. :)

Friday, June 17, 2011

Day 5 : Perkara Yang Anda Paling Benci Terhadap Perempuan / Lelaki

Salam~!

"PERKARA YANG ANDA PALING BENCI TERHADAP PEREMPUAN / LELAKI"

First : HIPOKRIT, Memang saya paling menyampah terhadap manusia seperti ini. Didepan kita berbakul-bakul memuji dan berkata lemah lembut, tapi belakang kita, berlori-lori di makinya. Ibarat ala-ala Zizan dan Nabil buat ni..
Sentap mak nak!!~ :)

~tangan di dada mata ke atas~

Second : BERCAKAP TANPA HENTI, Aduh.. Ni lagi satu hal, tau la awak tu pembaca berita, kot iye pun takkan la tak berhenti bercakap, ye dak? Hehehe.. Bukan nya tak boleh bercakap, semua orang pun bercakap, tapi sila la bercakap tu berpada-pada.. Takkan semua benda nak di cerita, dari mula kau bangun tidur sampai kau tidur balik.. Bosan tau tak??

Third : RIAK, Orang macam ni memang sepatutnya kita bako kan aje.. Ye la semua benda dia punya, semua benda juga dia mampu beli. Orang lain jangan katakan nak beli, nak menyewa pun tak mampu kot.. Kalau iye pun family awak tu kaya sampai tak habis harta 7 keturunan, tak payah la nak dok canang merata, kang ke orang colek awak, tak ke naya? Dahh satu masalah lagi timbul... Iye dak?

KESIMPULANNYA : TAK ADA ORANG YANG SEMPURNA DI DALAM DUNIA INI, SEMUANYA MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN. CUMA BERPADA-PADA LAH, TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT ORANG SUKA, DAN TIDAK MUDAH MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA :)

Wednesday, June 15, 2011

Let's Baking Some Cupcakes! :)

Salam n hye!

Rasa cam dah lama je tak update kan.. Heheh.. Tu la orang busy kan, nak buat cem mane.. Entry kali ni pun entry yang tertangguh tau, sejak berminggu-minggu lalu..

Petang tu, balik je dari taska Naveed beriya-iya ajak saya buat kek, semuanya gara-gara saya baru beli oven dan pemutar kek. En. Hubby la yang beriya sangat suruh test oven tu untuk buat kek. Jadi balik je kerja, kesiankan Naveed dan En. Hubby saya turutkan juga la buat kek..


Bahan-bahannya mudah saja kerana saya beli tepung kek yang segera. Ye lah mana larat nya pukul 5 baru nak buat kek bagai nya.. Saya beli tepung untuk buat cupcakes segera tetapi still perlu di tambah minyak jagung dan telur, juga harus dipukul rata.

Jadi saya biarkan saja pemutar kek mengambil alih tugas itu.. :)

Ni la cheff yang beriya sangat tu..

Jangan lupa untuk panaskan oven dulu..

Selepas adunan dah nampak sebati, baru masukkan dalam cawan cupcakes..

Dah siap fill dalam kertas cupcakes

Tu model merangkap cheff, maklumlah sebab ada dia kenalah buat di atas lantai..

Siap bagi signal good lagi.. :)


Ni semua yang dah siap!

Bila semuanya dah ready boleh lah di masukkan dalam oven, sementara tunggu kek tu siap silalah kemaskan dapur yang tengah bersepah tu ye.. :)

Baru masukkan :)

Dah start naik

Tak sabar-sabar..

Ni la rupanya yang dah siap :)

Sila abaikan botol kicap tu ye.. :D

Yummy.. :)

Ready to eat

Kesimpulannya, seronok bila aktiviti macam ni melibatkan anak.. InshaALLAH masa akan datang lebih banyak Naveed akan terlibat dalam aktiviti macam ni. En. Suami cakap kek ni sangat sedap :) Oh sebelum terlupa untuk topping saya cairkan cokelat masakan dan taburkan chocolate rice dan bentuk strawberry comel tu Naveed yang pilih semasa kami membeli barang untuk buat kek di Bakery Store.. :) Happy!!!!!

Monday, June 13, 2011

Pelacur?

pelacur.jpeg (171×199)
Sumber dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Dari mata saya : Kenapa seorang isteri di samakan dengan pelacur? Entah la.. Dah hilang agaknya perumpamaan lain yang lebih indah.. Perkahwinan yang berlandaskan seks semata-mata, sangat hebat kah? Sebuah perkahwinan lebih memerlukan toleransi antara suami isteri, kasih sayang antara keluarga.. :)

It's Monday!!

Agak 'over' ni.. Hehehe :)

It's Monday! :)


Salam~!

Dah masuk hari Isnin pun.. Minggu lepas Khamis dan Jumaat saya ambil cuti, seronoknya bercuti di rumah di tambah pula dengan seluruh keluarga datang ke rumah untuk menyambut bufday Encek Ahmad Naveed itu.. Meriah, terima kasih semua yang hadir :)

Bila dah masuk je Isnin, mengantuk nya.. Nak menguap-nguap rasa.. -_-" Ok malam nanti saya update tentang majlis bufday Naveed yee..

Monday, June 6, 2011

Preparing For New One :)

Salam!

Ketika entry ini ditulis jangan lah pula beranggapan saya ni dah berisi ye, heheh.. InsyaALLAH saya merancang untuk bersalin bulan Jun tahun depan, makanya bertambah lah seorang lagi 'AHLI KUMPULAN 6' Jadi sekarang ni saya tengah merancang untuk mengandung.. Selain fizikal, pada saya ianya lebih kepada mental dan kewangan.

Sekarang ni dok survey brestfeeding pumping and bottles. Dulu masa Naveed alhamdulillah saya berjaya menyusukan Naveed selama 2 tahun secara eksklusif lagi tapi masa Naveed dulu saya bekerja separuh hari saja, pukul 1 sudah balik, sekarang kerja office hour jadi kena lah cari pumping yang best sikit.. :) Dulu masa Naveed pakai pumping manual yang biasa saja.

Ok here's the list yang saya nak beli untuk new one :


Baby Monitor
Milk and Food warmer

Sterilizer

Termometer

Storage for milk

P/s : Addicted to Avent :) Pehhh.. Kopak duit mak nak.. Semata-mata nak bagi susu je nieh.. Adeyyy.. :P

Saya Nak Boleh?

Salam!

Ni untuk segmen ape ek.. Hehehe :) Tapi 5 blogger je yang dipilih.. Ni Blog nye CLICK SINI

Award For My 100th Follower :)

Salam!

Ni pula untuk saya punya 100th Follower :) Ni award untuk Anakku Anugerah Terindah.. Thanks sebab follow my blog.. Isk isk isk..

Terharu :)

Award For My 50th Follower :)

Salam!

Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh aje. :) Award ni untuk QUEEN PINK. Dia ada 2 link tak tahu la yang mana satu blog nye.. :)

Thanks for being my 50th followers :)

You're Invited

Salam to all!

Yeahh, you're invited for Ahmad Naveed Ali Danial's 3rd Birthday Party.. Seriously i'm invited sesiapa saja yang baca blog saya. Please come in Orange and White :)

Place : My Home Sweet Home
Date : Saturday, 11th June 2011
Time : 4.00Pm (start)

Sesiapa yang nak datang tu, please msg saya dan saya akan berikan alamat rumah ye.. Almaklumlah kang publish alamat rumah kang, bahaya kan.. Hehehe :)


Happy 3rd Birthday Naveed :)

Day 4 : Sebelum Tidur Anda Buat Apa

Salam~!

Lamanya tak update tentang 30 Days Of Challenge nie.. Heheh.. Tu la sesibuk nak buat gak challenge mellenge bagai, sekali hambikkk tak berupdate. Abes tu canne? Hehehe

Ok.. Ok "Sebelum Tidur Anda Buat Apa"

FIRST : BERBLOG-WALKING, Ini wajib, sebelum tidur haruskan on kan lappy dan berblog-walking sesuka hati. Blog yang selalu saya singgah ialah blog Cik Epal dan Red Mummy.. Tapi as always, saya ni silent reader aje.. :)

SECOND : BACA CERITA UNTUK NAVEED, Ini kebiasaannya mengikut keadaan Naveed, kalau hari tu mood dia ok dan dia nak mendengar cerita, makanya dia akan suka kita bercerita, kalau tidak, lupakan saja, sebab dia akan menutup telinga dan menyanyi Lalala...

THIRD : BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAF-MAAFAN, Aicehhh macam hari raya pulak, tapi memang itulah yang betul nya. Harus setiap hari kami bertiga beriya bersalaman dan bermaafan. Sampai Naveed pun dah tau sebelum tidur dia wajib bersalam. :)

FORTH : BACA DOA TIDUR, Ini wajib lah. Sapa yang tak baca doa tidur sebelum tidur? Sila angkat kaki?! Ala, baca doa tidur tak sampai 3 saat pun kalau yang baca dengan laju la. So jangan lah malas ye untuk baca doa tidur.

FIFTH : GOYANGKAN KAKI, Ini saya sendiri pun pelik, bila start je mata nak lali untuk tidur kaki pun akan tergoyang sama, masa mula-mula kahwin dulu En. Hubby gelakkan sebab katanya kelakar.. Hehehe.. Tapi sekarang Naveed pula nak tiru.. Adeh!

SIXTH : ON KAN AIR-COND, Sekarang ni musim panas, kena la pasang air-cond tapi bila mana saya dah tertidur dengan lena, pastinya En. Hubby akan tutupkan air-cond dan pasang kipas lalu selimutkan saya. Aduii.. Dia tak tahan tidur dalam air-cond tapi di tunggu sampai wife nya lena dulu baru tutup air-cond.. Heheh.. Bagus.. :)

KESIMPULANNYA : BUATLAH APA SAJA, TAPI TUJUANNYA TETAP SAMA KERANA KITA NAK TIDUR DENGAN LENA DAN SELESA. :)

Sunday, June 5, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang.. :)



Salam~! ;)

Iye, Selamat Hari Lahir En. Sayang.. Sudah berumur 28 tahun awak tahun ni, tak ada yang boleh saya janjikan untuk awak, cuma sedaya mungkin saya pertahankan cinta untuk awak hingga akhir hayat saya.

Mengenali awak dan belajar menyayangi awak adalah perkara yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidup saya. Terima kasih sebab selalu beralah bila kita bergaduh, terima kasih sebab selalu menyayangi saya.

Selamat Hari Lahir Sayang..

P/S : Suka Video tu part Happy Birthday To Emmm...Emmm... Cute Sangat~!! :)

Friday, June 3, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Meraikan Cinta.. :)

Salam :)

Entry yang fresh di pagi hari. Hari yang cukup indah.. Permulaan sebuah hari baru untuk saya, untuk dia, dan untuk kami. Iye, hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. Apa yang special untuk hari ni? Belum ada rancangan khusus lagi.. Bila selesai hari ini, saya akan update lagi tentang itu ya..

Encik Suami, apa yang hebat tentang dia? Apa kelebihan dia yang buatkan saya terpikat dengannya? Ahaks.. Semua yang bertanyakan soalan itu kepada saya akan mendengar jawapan yang sama, saya suka kan dia kerana dia melebihkan keluarga saya :)

Betul kata Ummi, carilah suami yang sayangkan kita kerana dia akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kita.. :) Perkara yang paling mengharukan sepanjang kami bersama, tahun lepas sewaktu saya dipanggil untuk interview untuk jawatan di Jabatan Kerajaan, Encik Suami orang yang paling bersungguh-sungguh. Menghantar saya untuk interview. menyediakan semua borang dan file untuk di bawa pada hari interview.

Bila saya mendapat khabar gembira daripada interview itu, dia orang yang paling gembira. Dan dia ada katakan yang dia sudah bernazar untuk puasa dan saya sekadar senyum.

Dan minggu lepas bila dia mula berpuasa, saya pelik bila 5 hari bekerja dia berpuasa penuh, saya bertanya pada dia berapa hari dia bernazar dan dia menjawab 14 hari. 14 HARI?? Ok to be honest even saya sendiri tidak pernah bernazar untuk berpuasa selama itu untuk diri sendiri, apatah lagi orang lain.. Ok saya terharu! :'(

Terima kasih Tuhan untuk dia yang terbaik untuk ku. Semoga kami masih mampu bersama walaupun ketika itu, kami memerlukan bantuan untuk berjalan di waktu tua kami, semoga kami bersama menjalani hari-hari tua kami..


Terima kasih Tuhan untuk Si Comel yang hadir dalam hidup kami dan sekarang menjadi tukang sibuk dalam semua perkara yang kami buat :) Menjadi madu dan racun untuk semua.. :)


Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Sayang, Semoga cinta antara kita tidak pernah padam..