About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Monday, May 30, 2011

Day 3 : Jenis Manusia Yang Menarik Perhatian Anda

Salam~!

Day 3, "JENIS MANUSIA YANG MENARIK PERHATIAN ANDA"

FIRST : INDEPENDENT PERSON, Sejak dari dulu saya sangat suka bila seseorang tu, berdikari sendiri. Mungkin kerana saya sendiri telah terbiasa, saya sendiri seorang yang sangat berdikari sedari kecil, lalu saya juga sangat suka orang yang seperti saya.. Ahaks~!

SECOND : YANG MENGENANG BUDI, Tak kira la berapa besar mahupun sekecil mane budi yang oleh lain taburkan untuk kita, at least walaupun tidak mampu membalas, kita boleh buat dengan jaga hati mereka, ermm.. Janji apa yang mereka taburkan untuk kita, tidak mereka rasakan hanyalah sia-sia..

THIRD : SENTIASA BUATKAN ORANG SENANG BERADA DEKAT DENGANNYA, Saya pernah ada seorang kawan, yang tak kira apa pun yang dia buat, dia sentiasa menyenangkan hati orang yang berada dekat dengan dia, malahan tak kira siapapun. Sentiasa menjaga hati, saya sayangkan dia tapi ternyata jodoh bukan milik kami, kerana dia bersama orang lain, saya juga bersama orang lain.. Heheh.. Tapi hakikatnya dia seorang kawan yang sangat senang untuk berada dekat.

KESIMPULANNYA : SAYA SENANG BERKAWAN TETAPI TIDAK SUSAH UNTUK PERCAYAKAN SESEORANG, ASALKAN ORANG ITU BAIK SEBAGAI SEORANG SAHABAT, DIA BAKAL MENJADI SAHABAT SAYA DUNIA DAN AKHIRAT


Friday, May 27, 2011

Ketagih Facebook? Kini Ada Ubatnya..


Salam~!

Heheh.. Kepada Facebook Addict di luar sana, jangan risau sekarang sudah ada penawar untuk masalah anda.. Heheh :D Tak tahu la ubat ini betul ke tidak, tapi saya terjumpa di google.. :)

Kalau betul, mungkin la ramai yang bakal membelinya, kalau tidak, sekadar untuk hiburan semata-mata je la..

Dalam Diam, Saya Sedang Membunuh Kamu!

Salam~!

Ha? Siapa yang sedang membunuh di dalam diam ni? Alamak~! Heheh... Ok.. Ini adalah untuk perokok-perokok di luar sana, termasuk kamu En. Hubby!! Iyeee.. Kamu..!! Sedar tak dalam diam, "SI DIA" ini sedang membunuh anda?

Ermmm.. Saya pun tak tahu, memang banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk mengurangkan perokok di negara kita, tapi kenapa semuanya tidak berkesan?

Bagi saya, yang sebenarnya terpulang pada individu tu sendiri, kalau dia nak berubah, makanya dia akan mengambil inisiatif untuk berubah, kalau tak, kirim salam je la.. Ye tak? :)

Thursday, May 26, 2011

Barang Yang Paling Di Sayang.. :)

Salam!

Di bawah adalah antara barang Naveed yang sangat saya sayang.. Yang tak mungkin saya berikan pada sesiapa, bukan kerana harganya tetapi kerana sentimental value yang ada pada setiap barang.. Gambar hanya dari Google, tapi ianya adalah gambaran sebenar kepunyaan Naveed.. :)


Bouncer Yang Sama 100% - From Sweet Cherry

Carseat, Naveed Punya Purple Colour With Polka Dots - From Sweet Cherry

Katil, Juga Sama 100% - From Sweet Cherry
Safety Gate With Extention, Kami Beli Dua, Dan Akhirnya Extention Di Jual Kerana Kami Langsung Tak Menggunakannya Tapi En. Hubby Sangat Sayang Kerana Jual.. :) - Juga Dari Sweet Cherry


Katil ini, bakal saya beli untuk baby Naveed, Tak tahu kenapa Saya Memang Mahu Belikan Untuk Baby Naveed :)

The Roommate


Hye!

Preview tentang cerita ini, cerita ini pada dasarnya saya suka juga tengok. Tapi saya sangat suka
Leighton Meester ni dalam cerita Gossip Girls, tu la saya nak sangat tengok cerita ni, tapi saya agak terkejut dengan wataknya yang agak daring dalam cerita ni :<

Tapi, untuk dia sebagai seorang pelakon, ok la untuk dia banyak watak.. Overall saya puas hati dengan cerita ini :)

Nur Kasih The Movie

Salam!

Malam semalam , kami sekeluarga pergi menonton cerita ini, Mid-Nite. Pendapat tentang cerita ini? Ahaaa.. Seronok gak la.. Tak ada la sangat bosan dan tak ada juga la sangat best. Agak so-so la.. Ada part yang sedih, ada juga part yang kelakar.. Suka waktu Ilyas waktu kecil, sangat comel dan matang budaknya.

Juga seronok melihat susunan plot cerita ni, cuma nya pada saya agak tidak logik untuk melihat Adam mencari cincin Nur dalam keadaan macam tu, tapi apa-apa pun saya tak ada lah sampai kondem terus..

InsyaALLAH akan menonton lagi kalau masih ditayangkan untuk 2 minggu lagi sebab saya nak bawa Ummi ke sana :)

Tuesday, May 24, 2011

Day 2 : Sejauh Mana Anda Berubah Dalam Masa 2 Tahun Sebelum Ini

Salam!

Day 2, "SEJAUH MANA ANDA BERUBAH DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI" Ermm nak diceritakan tentang perubahan, memang terlalu banyak perubahan yang berlaku sama ada yang sangat ketara atau tidak..

FIRST : JADUAL HARIAN YANG SANGAT PADAT, Tak kira lah siapa pun, andai sahaja sudah ada pangkat menjadi seorang IBU, makanya jadual harian akan menjadi sangat padat, sampai kadang-kadang terasa 24 jam sehari tak pernah cukup, apatah lagi untuk ibu yang bekerja seperti saya, untuk suri rumah tangga sekalipun, saya tak cakap tugas anda mudah, kerana Ummi saya seorang suri rumah tangga, malah sepenuh masa, dan saya tahu betapa sibuknya dia untuk memastikan semua nya lengkap untuk keluarga :)

SECOND : SAYA SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN, Hahah~! Sejak 2 tahun lalu, saya memang sangat teruja untuk berkhidmat untuk kerajaan, tapi mungkin belum rezeki saya waktu itu. Dan awal tahun ni, memang dah tertulis rezeki saya di sini, sangat gembira! Malahan menunggu untuk disahkan jawatan dan beli rumah atas nama sendiri~! Ahaks.. :)

THIRD : BERAT BADAN YANG BERTAMBAH, Ahaks.. Berkenaan dengan berat badan ni, memang sangat tension, masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan orang, sudah tak mahu cakap tentang ini!

FORTH : LEBIH MATANG, Yang ini memang betul dan diakui oleh Encik Hubby, yelah usia pun semakin bertambah, takkan lah kita tak menjadi dewasa dan matang, ye tak? Kalau tak, memang nak kena hempuk la!

KESIMPULANNYA : SEIRING PERTAMBAHAN WAKTU DAN USIA, SEMEMANGNYA KITA AKAN BERUBAH DAN MATANG. INSYAALLAH MENJADI DEWASA, SEMOGA SEMUA PERUBAHAN INI KEARAH KEBAIKAN. :)

Monday, May 23, 2011

Day 1 : Benda Yang Anda Buat Masa Anda Sorang-Sorang

Salam~!

First entry mengenai 30 Days Of Challenge ni.. "Benda Yang Anda Buat Masa Anda Sorang-Sorang" Hehehe..

First : DENGAR LAGU DAN MENYANYI, Ohoo.. Berkaitan dengan dengar lagu ni, tak pernah nya saya penat, tak kira lah ada orang ke tak ada orang ke, tapi bila sorang-sorang lagilah menjadi-jadi, sambil menyanyi-nyayi sekuat hati.. Sungguh seronok! Sampaikan Naveed sekarang asalkan saja dengar lagu, dia akan menari dengan hati yang sangat gembira.. :) Nenek cakap, "Baik ajar mengaji lebih baik.. "

Second : MENULIS, Saya sangat suka menulis tak kira sama ada menulis blog ataupun menulis di kertas, tapi masalahnya, bila datang kemalasan itu, makanya berhari-hari lah blog ni tak berupdate.. :)

Third : A DAY FOR MYSELF, sangat suka hari di mana saya boleh memanjakan diri sesuka hati, sangat seronok, macam-macam planning untuk dibuat tapi kadang-kadang penat juga merancang pastinya ada tambahan lain kalau tidak dari Naveed pastinya dari En. Hubby.. Ahaks.

Forth : BERANGAN, ini memang sangat suka, lagi satu saya sangat suka berangan bila tiba waktu nak tidur, sampaikan bila tidur boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dan bila bangun saya macam iya-iya je berlaku.. Hahaha..

Fifth : MENARI, dan partner saya untuk menari ialah Naveed! En. Hubby kadang-kadang siap menjoinkan diri, jadinya kami menari bertiga.. Hahahah~! Sangat seronok!! :)

KESIMPULANNYA : SEJAK 'NAIK PANGKAT' MENJADI IBU, SAYA JARANG MEMPUNYAI MASA UNTUK DIRI SENDIRI, BUKANNYA DISEBABKAN SAYA SANGAT SEBOK SEHINGGA TIADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI, TAPI SAYA RASA SAYA LEBIH SUKA INVOLVE KAN NAVEED DAN EN. HUBBY DALAM SEMUA AKTIVITI YANG SAYA LAKUKAN. LOVE YOU TWO SO MUCH~! :)
Salam~!

Dearie, sedang asyik ber'bw' terjumpa la satu blog nie.. Yang sedang membuat 30 Days Of Challenge.. Nampak menarik~! Nak join..

Monday, May 16, 2011

Alyah - Kisah Hati


Alyah - Kisah Hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Selamat Hari Guru..

Salam to all..

Jika hari ni empat tahun sebelum ini, saya pasti sedang membelek-belek hadiah dari semua anak murid saya. Ah! Rindu.. Saya betul-betul rindu suasana ni, bukannya rindu hadiah, tapi saya rindu suasana semua murid berebut-rebut nak bagi hadiah.. Comel betul! :)

Untuk semua ex-students saya, Teacher rindu semua.. Seriously semua~~!!

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya, Terima kasih kerana saya memang murid yang degil dan tak dengar cakap, seorang cikgu pernah beritahu saya, kalau seorang guru masuk ke dalam kelas dan mengajar hatta sepatah perkataan "Allah" sahaja, dia sudah menjadi guru kita.. Ya, untuk semua guru-guru saya terima kasih yang tidak terhingga..

Peristiwa yang paling saya tak boleh lupakan ketika tu, saya masih darjah 6, saya dan seorang kawan lelaki bergaduh, kerana dia kehilangan 'Machanical Pencil' yang berjenama 'Pilot' yang cukup terkenal ketika itu, dia pula menuduh saya mengambilnya, saya bergaduh besar dengan dia dan mengatakan saya tidak ambil. Kejadiaan itu di dalam Makmal Sains, dan saya nampak cikgu itu sedang melihat, saya sudah diam tapi kawan saya masih lagi menjerit-jerit katakan saya ambil pensil nya, dan sedang dia sebok membebel itu, cikgu saya membaling sebalang air minuman nya dan kami yang di meja hujung itu, kebasahan!

Ya, terus terang saya tak nampak di mana pertimbangan yang baik cikgu tu buat! Tapi memang kami yang bersalah, kenapa cikgu tu tak ambil enisiatif untuk suruh kami berdiri di atas kerusi sepanjang hari? Malahan hari tu, bukan saja kami kebasahan malahan buku nota semua basah!

Tapi dalam ramai-ramai guru yang mengajar kami, sebenarnya UMMI la guru yang terbaik. Kerana UMMI saya boleh membaca seawal usia 3 tahun, yang mana saya sendiri tidak mampu untuk mengajar Naveed membaca sedangkan dia sudah hampir cecah usia 3 tahun. Kerana UMMI saya boleh menghafal ayat-ayat lazim dengan baik seawal usia 4 tahun, sungguh UMMI adalah guru yang paling GARANG, tapi dia juga GURU yang terawal dalam hidup saya..

Terima kasih GURU-GURU yang pernah hadir dalam hidup saya.. :)

Sunday, May 15, 2011

Rumah Berwajah Baru..?

Salam to all..

Kepada sesiapa yang sering menjenguk 'rumah' blog ni, pasti tertanya-tanya kenapa kah 'rumah' ini sudah bertukar kepada asal, Back To Basic.. Heheh.. Ahaa.. Ada cerita sebenarnya tentang in, minggu ni adalah minggu sibuk kami sekeluarga, En. Hubby sudah datang aura untuk mengecat rumah, beli perabot baru yang belum ada, tukar lampu dan kipas rumah, so minggu ni kami avoid tetamu. Rumah in progress.. Hehehe..

Kenapa? Ermm.. Insya ALLAH kalau diberikan rezeki dan dipermudahkan oleh DIA, rumah yang kami diami ini akan menjadi milik kami, jadinya tu lah semangat mengemas rumah datang berkobar-kobar.. Heheh.. Dan kalau ada rezeki lebih boleh la buat bacaan doa sekali sempena masuk rumah dan pluss Naveed punya birthday.. :)

Moga dipermudahkan segala urusan, :) Jadi conclusion nya, disebabkan rumah kami dalam progress, makanya 'rumah' blog ini juga akan dinaik taraf.. Heheheh, sabar ye..

Thanks..

Tuesday, May 10, 2011

Rasa Rendah Diri?

Salam!

Hello Dearie.. Sedang saya asyik berblogwalking dan beryoutubing.. Hahah Rosak bahasa! Saya jumpa video ni, sebenarnya saya memang dah pernah tengok sesi audition ni. Cuma mungkin waktu itu belum berusaha menjadi blogger tegar~!

Siapakah makcik yang saya jumpa ni?

Susan Boyle

Ok sini cerita tentang makcik ni.. Bila pertama kali dia melangkah masuk untuk ujibakat Britains Got Talent 2009, saya dah iye-iye je agak memandang rendah pada makcik ini.. Dengan perwatakan dan juga rambutnya yang ala-ala makcik-makcik.. Heheh.. Saya cakap pada En. Hubby ketika tu, mesti tak dapat punya la..

Dan boleh dikatakan rata-rata penonton dan juri pun memandang makcik ini agaks dengan pandangan kureng.. Tapi once dia buka mulut untuk menyanyi, OMG suara dia sungguh sedap.. Macam ala-ala dengar Opera.. Sangat sedap! Penyudahnya saya mengalirkan air mata sehingga air persembahan makcik ini.. Isk isk isk...

Moral yang saya dapat, 'Don't Judge A Book By It's Cover'- memang betul, luaran mungkin nampak selekeh tapi suara dia merupakan anugerah yang tak ternilai untuk dia.. Juga pesanan kepada yang rasa rendah diri, Bila kita menjadi 'bukan pilihan' itulah masa terbaik untuk kita bersinar.. Dan Susah Boyle dah buktikan bahawa tak kisah apa tanggapan orang pada dia, dia berjaya buatkan air mata saya mengalir dengar dia menyanyi lagu I Dream The Dream.. :)

Sila nak dengar boleh CLICK SINI

Friday, May 6, 2011

Dato' Shake - Ummi



Dato' Shake - Ummi

Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia

Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita

( korus 1 )
Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira

Umi... ku petik bintang bintang
Menyinar... cahaya hidup mu
Umi... dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

( korus 2 )
Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...

Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia

Umi... Umi cinta padamu ( 3 X )

P/S : Selamat Hari Ibu, Ummi..
Saya Sayang Ummi.. :)

Wednesday, May 4, 2011

All About Exora



Salam!

Sebelum apa-apa, saya sedang melihat-lihat catalog kereta yang sedang En. Hubby usha sedari lama. InsyaALLAH kalau di izinkan, dapat lah kereta ni, tapi yang penting nya, kami harus settle kan.. Agrement dan S & P rumah dahulu.. Kemudian baru lah yang ini..

Kepada sesiapa yang minat dengan 'baby' ini juga.. Sila lah CLICK

Dia..

Salam! :)

Minggu ni saya baru berpeluang untuk menonton cerita Juvana. Saya sangat suka cerita dan jalan cerita nya.. :) Tapi kata Ummi, Jangan tengok sangat kalau mengandung kang terkenan pulak perangai 'jahat' tu.. Tapi by the way siapa kah yang mengandung? Hahah..

Tapi bukan itu yang hendak saya cerita kan.. Tapi saya menonton cerita itu kerana Dia.. Siapa kah dia? Hahah.. Ermm.. Uniknya dia itu membuatkan saya rasa sangat tertunggu-tunggu untuk menonton cerita itu selanjutnya.. :)

Kali pertama saya menonton dia di sini, dalam siri Ghost. Saya sukakan cara dia membawakan watak dia.. :)

Ghost

:)

Juvana

Dan dia yang saya maksud kan adalah Zahiril Adzim. Oh ye! Memang dia.. :) *Suka awak~! Hahaha..

P/S : Selamat bertunang, semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Dan please jangan la bercerai berai.. :)