About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Monday, April 25, 2011

Saya Gembira!

Salam!

Dua minggu ni, kegembiraan yang banyak menyebelahi saya, rasanya seperti menari di dalam angin.. Seronok sangat! Kegembiraan yang tak terucapkan.. Entah untuk apa atau pada siapa, saya pun tak tahu.. Heheh.. Aneh kan? Tapi hati saya berbunga riang.. Indah nya~!

Adakah kerana Jumaat ini saya akan balik kampung? Bila adik-beradik berkumpul, memang gamat lah suasana.. Hihihi.. Tak sabar nak balik...

Fairytales

Salam.

Seronok nya tengok couple bahagia ni. Perkahwinan Kerabat Di-Raja.. Hidup perempuan ni, betul-betul macam dalam 'fairytales'.. Kahwin dengan Putera Raja.. Agak-agak ada tak kuda putih nanti waktu wedding?? Best!!

Tak sabar nak tengok siaran langsung perkahwinan diorang.. :)

Friday, April 22, 2011

Ada Sesiapa Yang Berselera?

Salam~!

Lama tak update blog iye.. Busy lar.. :P Hari ni sedang saya mencari-cari Kek untuk ditempah sempena ulang tahun itu En. Kecik dan En. Hubby pluss me n our anniversary :) Tetiba terperasan gambar Kek seperti yang di bawah :

Sila jangan muntah ye. Sebab saya pun dah ala-ala kembang tekak plaks.. :<











Monday, April 18, 2011

Tateh Playgroup

Salam!

Sedang asyik ber'blog-walking' tadi, terjumpa la satu site nie. Wahh nampak macam seronok sangat! To be honest, ni bukan kali pertama jumpa blog ni. Dah lama dulu jumpa, waktu Naveed masih dalam belly. Heheh. Siyesly lupe okeh!

Saya sangat teruja untuk joinkan Naveed ke Playgroup ni tapi agak-agak En. Hubby nak ke idak eh? Sebab dia payah sket la.. :P Nak jalan jauh-jauh nie.. Travel dari rumah ke Shah Alam tak ada la jauh sangat, tapi tahu je la kan, kalau dah weekend tu, payah nya nak ajak dia bangkit dari katil! Adess..

Please..Please..Bawa la kami ke sane :)

Sunday, April 17, 2011

Sekali Lagi


Salam!

Aha, tak sabar nak menonton filem ini dipanggung. Comel sekali gandingan Sam + Lisa. Pluss Pluss dengan si comel Mia.. Pluss Pluss Jun is our month.. Wink Wink :)

Lady Antebellum - Need You Now



Lady Antebellum - Need You Now

Picture perfect memories
Scattered all around the floor
Reaching for the phone 'cause
I can't fight it anymore

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey
Can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping
In the way you did before

And I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one
I'm a little drunk
And I need you now
Said I wouldn't call
But I've lost all control
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now

Whoa, whoa
Guess I'd rather hurt
Than feel nothing at all

It's a quarter after one
I'm all alone
And I need you now
And I said I wouldn't call
But I'm a little drunk
And I need you now

And I don't know how
I can do without
I just need you now
I just need you now

Oh baby, I need you now

Masterchef Malaysia 2011

Logo

Salam!

Setelah banyak negara yang mengadakan pertandingan Masterchef ni, kini tiba giliran Malaysia pula! Go for it.. Saya rasa ni sangat best! Daripada pertandingan nyanyian kan, this one better.. Bukan tak suka, tapi yang ini ada juga faedah nya.. :)

Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang uji bakat, lengkapkan borang ujibakat beserta lampiran gambar berukuran 4R atau passport dan hantar kemasterchefMY@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan pada 6 pg, 18 April 2011. Untuk soalan-soalan lazim mengenai MasterChef Malaysia, sila klik disini.

Nikon D3100

Salam!!

Hai.. Hehehe ketika entry ni ditulis, hati saya sedang berbunga riang! Seronoknya.. Tak sabar nak beli DSLR camera ni. Kali pertama nampak, dah jatuh hati.. Kenapa kah? Walau banyak lagi camera DSLR lain tapi hati saya sangat teruja akan yang satu ini..

Ada kawan-kawan kata baik ambil sony.. Tapi saya tetap suka ini.. Huhuhu.. :) InsyaALLAH esok akan terjah Alamanda untuk membeli.. Tak sabar! Tak sabar! :)

Nanti dah beli saya update ye.. :)


Full Set
Back
Front

P/S : Mane-mane photographer boleh ke suggest kan mane-mane DSLR camera yang ok? Tapi yang ni pun ok kan? Hahaha..

Dude Harlino & Asmirandah – Bunga-Bunga Cinta



Dude Harlino & Asmirandah – Bunga-Bunga Cinta

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Saturday, April 16, 2011

Junior Masterchef Australia Kits

Salam to all..

Addicted to Junior Masterchef Australia.. How can I get this stuff????? Help me!!!!!!!!!!





Junior Masterchef Australia 2010

Salam~!

Baru berpeluang untuk update blog tentang one of my favourite show. Sangat happening~! Sangat seronok~! How wonderful this kids can be, memasak di awal usia.. Two thumbs up!! :)


Top 50 Junior Masterchef Australia 2010

Down with this wonderful Top 12

Biodata ringkas tentang mereka :

Lucy

Name : Lucy
State : Victoria
Age : 11
Specialty Dish : Mince Pies
Least Favourite Food : Mushrooms
Game Plan : "Do My Best And Have Fun"

Anthony

Name : Anthony
State : New South Wales
Age : 10
Specialty Dish : Tiramisu
Least Favourite Food : Brussel Sprouts And Broccoli
Game Plan : “I Want To Be Nice And Fair To All The Contestants, Experiment With Different Food And Have Fun”

Siena

Name : Siena
State : Victoria
Age : 9
Specialty Dish : Lemon Curd Tarts
Least Favourite Food : Anything Green - Especially Brussel Sprouts
Game Plan : “Keep My Bench Tidy At All Times, Always Read The Recipe And, Of Course, Taste The Food To See If It's Good Before Plating Up To The Judges”

Cassidy

Name : Cassidy
State : Victoria
Age : 12
Specialty Dish : Chicken And Mushroom Risotto
Least Favourite Food : Green Things Like Apples, Broccoli And Peas
Game Plan : “I’m Planning To Go In There, Cook The Best Possible Dishes I Can And Cook From The Heart... And Most Importantly Have Fun”

Nick

Name : Nick
State : New South Wales
Age : 10
Specialty Dish : Steak With Mashed Potatoes, Steamed Carrots And Beans
Least Favourite Food : Brussel Sprouts And Capsicum
Game Plan : “Keep Focused, Keep Trying, Don’t Give Up And Put Up Amazing Food”

Emily

Name : Emily
State : South Australia
Age : 11
Specialty Dish : Rabbit And Venison Pie
Least Favourite Food : Brussel Sprouts
Game Plan : “Just Keep Going And Don’t Ever Give Up”

Alex

Name : Alex
State : New South Wales
Age : 11
Specialty Dish : Le Gout De La Mer ( Seafood Dish )
Least Favourite Food : Capsicum And Carrots
Game Plan : “Concentrate And Stay Calm"

Sofia

Name : Sofia
State : Queensland
Age : 12
Specialty Dish : Falsomagro ( A Stuffed Meat Roll With Egg, Cheese, Salami, Garlic And Parsley Served With Crumbed Eggplant )
Least Favourite Food : Mayonnaise
Game Plan : “I’m Just Going To Try My Hardest And Hope To Win. But At The End Of The Day It’s Just Fun To Be A Part Of The Show”

Sam

Name : Sam
State : Queensland
Age : 11
Specialty Dish : French Quarter Cake
Least Favourite Food : Seafood
Game Plan : “I Hope To Win By Cooking Great Food Because That’s The Only Way To Win It”

Isabella

Name : Isabella
State : Queensland
Age : 12
Specialty Dish : Ricotta Gnocchi
Least Favourite Food : Meats Like Brains, Stomach And Tongue
Game Plan : “To Try My Best And To Cook Great Dishes. As Long As I Do My Best I Will Be Happy.”

Jack

Name : Jack
State : Tasmania
Age : 12
Specialty Dish : Beef Bourguignon
Least Favourite Food : Lambs Brains
Game Plan : “To Try As Hard As I Can And Cook Food That I Like To Eat”

Pierre

Name : Pierre
State : New South Wales
Age : 12
Specialty Dish : Herb Crusted Lamb Cutlets With Stuffed Mushrooms And Green Beans
Least Favourite Food : Eggplant, Zucchini Zand Fennel
Game Plan : “To Keep Focused And Try My Best.”

JUNIOR MASTERCHEF LOGO

And the Winner is : Isabellaaaaaaaaaaaaa..... :)

P/S : Isabella dan Sofia adalah kembar ye. Tapi mereka tak seiras. Dan mereka mempunyai cita-cita untuk membuka restoren yang dinamakan "Is-Sofia".. Kecik-kecik dah bercita-cita tinggi!!!!! :)

P/S : Walaupun saya sangat suka dengan PIERRE, tapi mereka adalah kanak-kanak hebat yang punya cita-cita tinggi :)

Thursday, April 14, 2011

Planning For Second Child?

Salam!

Ahaa.. Entry yang saya cuba elakkan sejak sekian lama, heheh.. Bukan apa, entah la mungkin sebab rasa penat dan lelah menguruskan Naveed buatkan saya ambil masa untuk planning anak ke-2, mungkin juga pengalaman bersalin dan berpantang menjadikan saya fobia? Tapi saya tahu semua nya itu sekadar ALASAN.

Kerana Naveed amat mudah diuruskan dari kecil, tak banyak menangis, senang untuk dijaga, malam jarang bangun untuk menyusu. Saat melahirkan pula, saya masuk ke Labour Room jam 7.35 pagi, dan saya selamat melahirkan Naveed jam 8.06 pagi.. Tak ada la tragis mana pun saat kelahiran tu, berpantang juga saya di jaga sepenuhnya oleh ummi dan atok. Haha~! Memang saya yang mereka alasan..

Dan sekarang sudah mula terdetik rasa kasihankan Naveed kerana dia tak ada kawan bermain di rumah. Katil di bilik Naveed dah di beli sepasang tapi 'pasangan' Naveed masih belum ada. Isk isk isk..

Kami sekeluarga lahir di bulan Jun, jadi kalau boleh saya mahukan anak-anak seterusnya juga lahir di bulan Jun. Tapi saya amat pasti satu rumah akan huru hara sebab perangai yang hampir sama. Kerana sekarang fasa itu telah pun bermula.. Heheh :)

Tapi, insyaALLAH, segalanya ketentuan DIA.

jom join bloglist frommetoyou

frommetoyou

Join :)

TAG kepada :


Jumpa Di Sana.. :)


tak sabar nak join :)
lalalala

Wednesday, April 13, 2011

APRIL Giveaway

Salam~! Saya menjoinkan diri dalam G-A ni..

Perkara perlu ada dalam entry blog

image

1. Banner “APRIL Giveaway” beserta link kepada entry ini. Juga letak banner ini di sidebar masing-masing -done-

2. Tajuk entry adalah “APRIL Giveaway” yang lain-lain tak diterima -done-

3. Saya dah follow semua di bawah :

  1. http://karipapsayur.blogspot.com
  2. http://putrajayatopoland.blogspot.com
  3. http://nonadierashoppe.blogspot.com/
  4. http://izdiharshoppe.blogspot.com
  5. http://maziati.blogspot.com/
  6. http://majoritymama.blogspot.com/
  7. http://lifezheartyz.blogspot.com/
  8. http://aliffmyprince.blogspot.com/

Saya tag

Najwa Adiba

Adik Nana

Angah Eiqa

4. Make sure rakan di tag tu ada link url blog dan melengkapi syaratnya.-done-

5. Paste kan link url entry korang tuh dalam comment section entry ini sahaja.

Giveaway tamat pada 22 April 2011 jam 8 am

Hero Di Hati..

Salam!

Hehe.. Hari ni saya nak bercerita tentang hero-hero di hati saya.. Ini lah mereka~!!!

Pertama :
- Kerana dia saya hidup dan membesar dengan baik.
- Kerana dia saya tahu erti hidup.
- Kerana dia saya tahu erti susah dan senang
Abbi :)

Kedua :
- Bahu tempat saya menangis.
- Tempat berkongsi suka dan duka.
- Jalani susah dan senang bersama-sama.
- Menyayangi dan mencintai saya seadanya saya.
En. Hubby :)

Ketiga :
- Dia punca saya terus kuat untuk hidup.
- Dia punca saya melihat dunia ini dengan lebih baik.
- Dia lah racun dan penawar untuk saya.
En. Kecik - Ahmad Naveed Ali Danial :)

P/S : Kamu bertiga takkan ada tukar ganti dalam hidup saya.

Tuesday, April 12, 2011

Terima Kasih Chinta :)

Salam!

Semalam balik je rumah saya tengok motosikal kapcai En. Suami sudah ada di rumah! Hehe.. Dalam hati saya dah terdetik, 'Eh cuti ke arini? Awalnya balik.. ' Bila saya park kan kereta di porch, En. Kecik sudah ready menunggu kepulangan saya..

Saya turun kereta, tanya pada En. Kecik tu, 'Pergi rumah ummi tak?' En. Kecik tu jawab, 'Abang tak nak pergi rumah ummi.." Masuk je rumah En. Hubby sedang mengemop lantai.. Eh eh, rajin nye.. Dalam hati je la cakap.. Hehe.. Pastu saya ke dapur untuk keluarkan lauk basah untuk memasak.. Oh sekali je rupa-rupanya dah siap masak!

Saya senyum je. Terima kasih ye sayang, tolong saya.. :) Lauk sambal udang kegemaran saya pulak tu.. I love you more la yang..

Dan apa yang saya buat untuk balas? Tertidur sampai pukul 11 malam.. Huh~!! Hampeh sunggoh.. En. Hubby kejutkan saya untuk pergi kedai perabot tukarkan towel rack untuk bilik Naveed pun saya tak bangun, penyudahnya dia bawak En. Kecik pergi..

P/S : Thanks for everything ye sayang. Kemas rumah + Basuh baju + Mop lantai + Masak best.. Semua la~!! Sorry sebab tak temankan awak semalam. Saya mengantok betul~!! :P

Monday, April 11, 2011

Cute Couple Contest

Salam~!!

Cute Couple Contest
Kalau Nak join boleh la click sini ye.. :)

Ni Pula gambar yang saya pertaruhkan..

Our Wedding Day :)

Drama! Drama!

Salam!

Seperti yang sudah saya jangka, malam ke-dua, Encik kecik sudah start drama nya.. Mula-mula elok je, minta susu lepas tu nak tidur di bilik sendiri, tetibe sayup-sayup dengar dia menangis, dan mama biasa la, gelabah je..

Sampai je kat bilik dia, saya mengintai melalui celah pintu bilik, dengar dia menangis.. Saya panggil En. Hubby, pastu kitorang pun masuk..

Mama : Kenapa Naveed menangis?
Naveed : Abang tanak tidur kat sini..
Mama : Kenapa pula? Semalam kan abang tidur kat sini, ok je..
Naveed : (diam je)..
Papa : Naveed tido sini ye. Papa temankan nak?
Naveed : Abang nak tidur ngan mama ngan papa..
Mama : Abang kan dah besar, kena la tidur sendiri.
Naveed : Abang rindu mama, abang rindu papa.. Abang tanak tidur sini..
Mama dengan papa (Dalam hati sudah kesian..)
Akhirnya..

Papa : Jom la tidur ngan papa..
Naveed : (Senyummmmmmmmmmmmm panjang)..

Huhuhuhu~!! Drama.Drama.

Sunday, April 10, 2011

Cubaan Pertama..

Salam!

Malam semalam adalah cubaan pertama untuk Naveed yang comel tidur di bilik sendiri tanpa di temani papa atau mama.. Cuma mama je yang dok risau takut jatuh katil ke tak boleh tido ke, 10 minit sekali dok mengintai si bujang tu.. Hehehe.. Dan hasilnya sungguh memberangsangkan! Keep up the good work sayang.. Mama sangat bangga dengan Naveed. :)

P/S : Malam ni kita tengok boleh lagi ke tak ye..?

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak

Salam!

Erm.. Baru minggu ni berpeluang untuk menonton Maharaja Lawak, minggu lepas terlupa langsung! En. Hubby kena uruskan site, makanya awok idak la menonton telebisen. Heheh :D ( Sila cakap ala-ala Ucop Walcha )..

Saya suka dengan marketing strategy yang astro laksanakan. Tapi hakikatnya, membebankan pengguna. Nak menonton tu dah la kena bayar, yang minat beriya-iya nak mengundi pun kena bayar juga~! Adess.. Di tambah pula sekarang astro dah ada government tax..

Sedar tak sedar kebanyakan penonton Raja Lawak ni terdiri dari semua golongan dan yang paling ramai adalah suri rumah dan makcik-makcik.. Yang layan cerita Indon yang beratus-ratus episod, yang semua cerita bersiri ikut lah..

Untuk kita yang muda mudi belia mungkin tak terasa nak melanggan, iya dak? Ada youtube nya, silap-silap ada direct link untuk download lagi.. Tapi makcik-makcik yang kat rumah especially ummi dan abbi yang memang peminat dari Raja Lawak lagi, macam mana? Kasihan! Ummi ambil package yang paling murah sebab kan kebanyakan dari jiran-jiran pasang astro dan siaran TV di area rumah cam hampeh langsung tak nampak apa-apa..

Dah kesian kat diorang, habis je Maharaja Lawak tadi, call saya suh minta tolong call kan astro untuk melanggan astro warna. Huh~! Saya nak kata suka pun idak, benci pun idak.. Tapi rasanya pihak astro memang patut fikirkan tentang pelanggan.

Komen yang selalu saya dengar dan alami sendiri, bila mana hujan waima setitik dua pun, siaran astro terang-terang dah tergendala. Kalau tertunggak tak berbayar sambungan semula di charge RM20. Rancangan yang disiarkan rasanya sudah naik hafal bukan setakat jalan ceritanya, malahan dialog nya juga!!

Kepada pihak astro sila lah ambil tindakan untuk menangani masalah ini, sejak TM melancarkan produk terbaru UNIFI, kami berminat untuk pasang, apatah En. Hubby yang handle kan site TM yang install UNIFI.. Heheh :D Cuma nya di area tempat tinggal kami, belum bermula sepenuhnya.. Hopefully apa yang digembar-gemburkan oleh TM dan pihak UNIFI adalah betul...

Just wait and see ya.. :)

Friday, April 8, 2011

Senyuman Si Cilik Contest - CCK

Salam~!

Saya nak join contest ini..


Nama Anak : Ahmad Naveed Ali Danial
Nama Ibu : Nur Shakira
Tarikh Lahir Anak : 10 Jun 2008
Umur Anak : 2 tahun 10 bulan

Sesiapa yang nak join boleh lah

Miskin Ke Lelaki Itu..?

Salam~!!

Sekadar luahan, untuk ingatan terutamanya untuk SAYA.

Miskin ke lelaki itu,
Bila mana setelah bertahun-tahun berkahwin tidak pernah sekali pun disarungkan intan permata pada isterinya?

Miskin ke lelaki itu,
Bila dia tak berupaya menyediakan rumah dan kereta mewah untuk kelengkapan seisi rumahnya?

Miskin ke lelaki itu,
Bila dia hanya mampu menyediakan pakaian murah dan tempat tinggal biasa untuk keluarganya?

Miskin ke lelaki itu,
Jika dia hanya mampu mengajar anaknya di rumah dan tidak mampu menghantar anaknya ke kelas tuisyen yang bagus?

Kenapa tidak di katakan 'miskin' pada lelaki yang..

Tidak menjaga pakaian isterinya yang tidak cukup kain?
Tidak menegur isterinya yang bercakap meninggikan suara padanya..

P/S : Sayang, moga kamu tidak menjadi SI MISKIN ini..

Bila Rindu Itu Datang..

Salam!

Dearie.. Pernah tak tetibe je korang rasa rindu, tak kira lah pada sesiapa pun, dan yang aneh nya kadang-kadang rindu tu datang bertandang pada orang yang tak sepatutnya.. Scary? Hahaha.. Just meluahkan perasaan untuk seorang kawan. Saya pun dah tak tahu nak nasihatkan dia macam mana lagi, saya cuma bercakap sebagai seorang kawan, dia sudah berpunya dan si dia yang dia rindui itu pun sudah berpunya..

Jadi, ayat terakhir saya katakan pada dia, "Tepuk dada, tanyalah iman.." :)

Look Alike Give-Away

Salam untuk semua!

Ini adalah kali pertama saya anjurkan Give-Away.. Aicewaahhh.. Julung-julung kali saya adakan.. Harap-harap ramai la yang menjoinkan diri ye..

Syarat-Syarat nya :

1. Jadi follower blog saya.

2. Letakkan banner di bawah ini di side-bar blog anda. Jangan lupa back-link ye. :)

3. Buat satu entry bertajuk "Look Alike Give-Away" dan serta kan gambar anda.

4. Untuk pasangan yang sudah mempunyai anak, hantarkan gambar anak anda yang seiras anda atau pasangan.

5. Untuk yang belum berkahwin, boleh hantarkan gambar anda yang seiras ibu atau ayah atau mungkin kekasih hati.

6. Tag kan 3 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.

7. Jangan lupa tinggalkan url entry anda di sini.

8. Pemenang Give-Away ini akan di adili oleh saya dan En. Hubby.

9. Hadiah akan di sediakan untuk 3 orang pemenang..

10. Tarikh tutup Give-Away ini adalah pada 30 April 2011.


P/S : Jika Give-Away ini tidak mendapat sambutan, ianya akan dibatalkan :(


Bedroom Set Untuk Naveed :)

Salam!

Ahaa, macam yang saya janji kan. Ni la antara gambar-gambar Bedroom Set untuk Si Comel Ahmad Naveed Ali Danial.. :) Semalam katil ni sampai dan siap dipasang, tapi masih ada yang kurang, drawer masih belum sampai, tapi setakat yang ada ini pun Naveed sudah sangat happy dan excited, malam semalam, saya dan En. Kecik ini sudah merasmikan katil baru.. Heheh :D

Ni semalam, bila crew dari Sweet Home datang hantar barang..

Sudah kepoh-kepoh buka laci.. :)

Malam tu juga ke Tesco beli comforter.
Satu set RM150. Dua set? Menangis nak keluarkan duit.. :(

Jam ni hadiah kahwin kami, tapi disebabkan ada Cars,
En. Kecik sudah claim itu dia punya.. :)

Suka sangat~!

Double Bed

Gumbira..

Iye-iye la tidur..

Study table

Almari baju
Yang banyak kotak atas tu adalah baju-baju Naveed masa baby yang dah di sort kan mengikut bulan.. Rajin kan? Hahahaha..

Overall, En. Kecik sangat happy, Mama dan Papa juga sangat seronok.. :)