About Me

My photo
Daughter, Sister, Wife, Mother

Monday, August 30, 2010

Saya Rindu...

Salam.

Sudah lebih 2 minggu kita berpuasa. Saya rindu masakan umi. Saya rindu nak makan sama-sama dengan abi,umi,angah dan adik,macam masa dulu-dulu. Kalau saya balik Mersing pun angah dan adik tak balik jugak. Bila masing-masing dah besar and ada hala tuju masing-masing kadang-kadang buatkan kita rindu masa silam,kenangan kita sama-sama.

Saya lahir dalam bilangan adik-beradik yang semuanya adalah perempuan. Maka sayalah secara automatiknya agak keras sikit,mungkin juga kerana saya anak sulung. Saya dan adik agak keras jadi kami tak serasi bersama dan angah pula terlalu sensitif, jadi saya pun tak serasi. Tapi mereka berdua sangat ngam.

Oh ya,saya ada 2 org kawan baik seorg lelaki dan seorg perempuan. Kata org,lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik tapi bagi saya mengarutlah semua tu,sebab saya sangat serasi dengan dia.

Rindu nya saya semua..

Saturday, August 28, 2010

Kelu Lidah..

Salam.

Saya bukanla peminat drama2 melayu,drama pertama yg saya tgk rasanya Nur Kasih,itupun ada beberapa episod yang tertinggal. Nak dijadikan cerita, semalam waktu tengah lipat baju, saya tertengok la cerita Janji Kekasih.. Dan waktu saya tengok tu adegan Siti Sarah, Iqram Dinzly, Jalaluddin Hassan dan Erma Fatima.

Tiba-tiba saya rasa sedih sgt bila tgk seorang anak yang dididik dgn didikan agama,penuh kasih sayang tak mempraktik kan ajaran agama. Malah menyembunyikannya disebalik jubah dan purdah. Si anak berzina sehingga melahirkan anak luar nikah.

Itu anak seorang haji, inikan pula kita. Ya Allah, semoga anak-anakku tak pernah lupa akan setiap ajaran dan peringatan yang disampaikan.

Friday, August 27, 2010

Hugger And Kisser

Salam..

Herm,tentang entry terbaru ni jangan la salah faham pula ye..

Ibu-ibu yang ada kat luar sana, sebenarnya saya membuka topik ni untuk kita sama-sama berkongsi pendapat.

Adakah anak anda salah seorang daripadanya? Kerana anak saya adalah salah seorang darinya. Dia seorang hugger and also a kisser. Ada orang beritahu saya ianya berkaitan rapat dengan cara ibu bapa membesarkan anak. Saya secara peribadi merasakan jika seseorang kanak-kanak itu adalah hugger dan kisser, dia adalah kanak-kanak penyayang. Selama bertahun-tahun saya melibatkan diri dengan kanak-kanak, melihat perkembangan mereka juga sekarang menjadi seorang ibu, saya tak rasa adlah satu kesalahan jika anak kita seorang hugger atau kisser.

Sebagai contoh, anak saya Naveed, pagi kebiasaannya papa nya akan hantarkan dia ke rumah pengasuh dan waktu saya keluar rumah dia masih lagi tidur, tengahari bila saya balik, bila jumpa dia perkara pertama yang dia akan buat adalah memeluk saya sekuat hati dan mencium saya, seolah-olah dah lama x jumpa. Naveeed akan menunjukkan penghargaannya melalui perbuatan dan kadang2 ada yang tegur saya tak patut didik dia dengan cara begitu. Saya cuba menjadu ibu terbaik yang satu hari nanti Naveed boleh rasakan saya adalah kawan baiknya.

Saya terbaca satu blog yang mengatakan amat payah untuk kita mendengar ucapan terima kasih dari kanak-kanak yang berusia 3 tahun kebawah. Dan saya boleh berbangga kerana dengan didikan saya, anak saya tak pernah lupa untuk ucapkan terima kasih untuk semua yang kami lakukan pada dia, baik buatkan susu,mahupun pakaikan dia baju, kerana wajib selepas itu saya dihadiahkan ciuman dan pelukan serta ucapan terima kasih.

Saya percaya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi saya rasakan tidak adil untuk kamu munuduh cara didikan seseorang itu tidak bagus,hanya kerana kamu tak pernah mencubanya dan melihat hasilnya dari dekat.

Saya juga tak pernah mendabik dada mengatakan bahawa didikan saya kepada naveed adalah yang terbaik kerana satu hari nanti saya juga memberiahu naveed bukan semua orang dia boleh peluk dan cium. Cuma buat masa ni biarlah dia belajar cara untuk meluahkan penghargaannya melalui pelukan dan ciuman.

Thursday, August 26, 2010

Breastfeed Ohh Breastfeed..

Salam.

Kali ni saya rasa terpanggil untuk mengisi entry tentang breastfeeding. Walaupun hero saya, Naveed dah pun tamat tempoh breastfeeding, tapi rasanya masih belum terlambat untuk saya berkongsi pengalaman yang sama. Sewaktu saya melahirkan Naveed, saya memang dah berniat untuk menyusukan dia, sebaik lahir. Dan Naveed,selepas lahir tidak sampai pun setengah jam pertama,dia dah pandai melekap dengan betul untuk menyusu. Dan hari kedua adalah hari yang mencabar kerana nipples sudah membengkak,tapi saya gagahkan juga untuk menyusukan Naveed. Saya pun tak tahu kenapa saya begiitu berazam untuk menyusukan Naveed, tapi apa yang pasti saya yakin hak seorang anak selepas dilahirkan adalah susu ibunya dan nama yang baik untuknya. Dan kami memilih untuk menamakan Naveed, Ahmad Naveed Ali Danial. Walaupun secara praktikalnya nama Naveed tak memberi satu gabungan ayat, tapi setiap satu daripada namanya ada maksud. Dan sekarang, kedua-dua belah keluarga neneknya, memanggil Naveed dengan panggilan yang berlainan.

AHMAD - YANG TERPUJI
NAVEED - BERITA GEMBIRA
ALI - YANG TINGGI
DANIAL - NAMA NABI

Naveed beruntung kerana disebelah saya, dialah cucu sulung,cicit sulung dan cuit sulung. Saya lahir dalam kalangan 3 beradik yang semuanya perempuan, jadi Naveed membuka lembaran baru dalam hidup keluarga saya dan seperti namanya, dia membawa berita gembira.

Oh cerita tentang breastfeeding tadi, saya juga mengadakan sesi pumping, tapi saya bertuah kerana hanya perlu meninggalkan Naveed separuh hari sahaja di rumah pengasuh. Jadi saya tak perlukan begitu banyak stok susu. Tapi sampai sekarang saya masih rindukan perrasaan sero ok menyusukan anak tu. Dan doa saya agar adik-adik Naveed yang bakal menyusul akan masih dapat menyusu secara ekslusif.

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Yang Memberi Semangat Untuk Terus Hidup Dan Berjaya..

Salam untuk semua..

Berkaitan entry terbaru ni, saya nak berkongsi kisah tentang seseorang. Seseorang yang sangat bermakna dan beerti dalam hidup saya. Seorang lelaki yang mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan. Yang buatkan saya sedar, walau dalam keadaan serba sederhana tetapi saya membesar dengan baik.

Ok, kisahnya bermula macam ni. Sewaktu ibunya melahirkan dia, ibunya meninggal dunia. Dan dia tak pernah merasakan hangatnya kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya kalau saya yang berada dalam keadan tu, mungkin saya tidak menjadi saya seperti sekarang. Ok, sambung balik cerita tadi, dari kecil dia dibesarkan oleh nenek, yang tinggal di kampung. Yang hidupnya menumpang makan pada jiran tetangga dan ikhsan anak dan hasil hutan. Dari kecil dia tak pernah rasakan apa ertinya hidup mewah. Oh, dia masih punya ayah waktu ni cuma tak tahu atas alasan apa ayah nya tak pernah membela dia dari kecil cuma membela 3 orang abangnya. Waktu dia melangkah kaki ke sekolah rendah pertama kalinya, dia berjalan kaki hampir 4km untuk sampai ke sekolah. Dan waktu rehat, dia akan berlari pulang ke rumah hanya untuk membasahkan tekaknya dengan seteguk air. Saya pernah bertanya, Kenapa tak bawa je bekal air dari rumah, dia jawab tak pernah terfikir pun waktu tu. Kalau dia keluar lambat dari kelas, hari tu waktu rehatnya pasti hanya meminum air paip. Selalu dia ulangkan betapa untungnya saya sebab ke sekolah berbekalkan bukan setakat air tapi lengkap dengan bekalan makanan dari rumah.

Sewaktu sekolah rendah, dia pernah menumpang rumah seorang makcik, yang tergamak menghalau dia pada satu maghrib. Dan dia cuma mampu menangis,pulang ke rumah nenek.

Sewaktu di tingkatan 4, semua orang sebok bersedia belajar untuk SPM,dia ke seberang tambak Johor,Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan untuk mencari wang untuk membayar yuran SPM tahun akan datang. Walau dengan keputusan SPm yang agak bagus,dia tidak menyambung pelajaran ke mana2 kerana tiada sokongan kewangan.

Dan sekrang lelaki ini mencari nafkah dengan menjual ikan. Dan dengan hasil menjual ikan itu jugalah kami 3 beradik membesar dengan baik.

Dan lelaki ini akan sentiasa menjadi hero di hati anak-anak nya. Dialah abbi yang sentiasa cuba memenuhi semua kehendak anak-anak nya tak kira apa pun.

Dialah abbi yang telah memberi saya ruang dan peluang untuk bernyawa di muka bumi ini.

Terima kasih untuk segalanya, abbi. Along sayang abbi sampai hujung nafas terakhir, Aman Bin Haron.

Cerita Tentang Puasa..

Slam to all..

Ni cerita tentang puasa kat tadika. Budak-budak ni memang kelakar. Ada parents yg dah bgtau anak mereka puasa tapi anak diorg beria2 mengaku tak puasa sebab nak makan. Tp ada pula yang memang tak puasa tapi mengaku puasa sebab malu kawan-kawan ejek.

Ni cerita pasal fahim dan aina humairah. Pagi,waktu saya ambil mereka untuk ke sekolah,saya bertanya pada aina,dia puasa tak. Dan saya pasti dia tentu berpuasa sebab tahun lepas pun dia dapat puasa penuh. Dan lepas tu giliran fahim pula saya tanya,fahim cuma anggukan kepala tanpa suara. Dalam hati saya,bagus kecil2 smua da belajar puasa. Tapi tiba-tiba aina bgtau saya,'teacher,fahim tak puasa tu ada air kat beg dia'.. Saya diamkan diri sebab saya tahu fahim agak sensitif. Selang beberapa minit lepas tu, saya tengok air mata fahim da bergenang. Saya ckap pada dia, Puasa 30 hari,ada byak masa fahim boleh belajar puasa.. Dan fahim cuma anggukan kepala.

Esoknya,tahu tak fahim da mula belajar puasa! :)

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua..

Sejak banyak masalah melanda diri saya ni terutamanya internet connection,saya dengan gigih mencari alternatif untuk mengonlinekn diri. Akhirnya saya dah pun jumpa sesuatu untuk membolehkan saya online internet 24jam sehari tanpa limit dan percaya atau tidak,ianya adalah percuma!! Hehe.. Gembiranya rasa hati ni..

Cerita ramadhan kali ni tak byak bezanya dgn tahun2 lepas,mungkin naveed bsar sket dan dah sebok nak tolong arrangekn lauk untuk berbuka. Jadi untuk memberi peluang untuk naveed membantu kami,saya gunakanlah smua pnggan plastik.nampak kelakar tapi naveed sangat bangga bila dia dapat tolong mama..